Macam mana ‘Anjing dengan Kera’ boleh masuk Dewan Rakyat? ~ nizar news

Persidangan Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit selepas timbul kekecohan ekoran perkataan ‘kera dalam sarkas’ dan peribahasa seperti ‘anjing menyalak bukit’ yang diucapkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar.

Keputusan itu diambil Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selepas berlaku pertikaman lidah antara Noh dan anggota Parlimen pembangkang berhubung borang permohonan baucer program subsidi beras untuk rakyat (Subur) ketika menteri itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 peringkat dasar hari ini.

Kekecohan bermula apabila beberapa anggota Parlimen pembangkang mempersoalkan terdapat ruang pada borang permohonan baucer itu untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian sebagai satu daripada syarat kelulusan, seperti yang didedahkan sebuah akhbar Cina tempatan.

Dr Lo’Lo Mohd Ghazali (PAS-Titiwangsa) yang membangkitkan isu itu mempersoalkan keperluan mendapatkan kelulusan daripada Umno sedangkan Subur merupakan program kerajaan.

“Saya mahu tanya ini duit Umno ke duit kerajaan sebab kalau duit kerajaan ia adalah daripada duit rakyat, kenapa perlu dapatkan tandatangan Ketua Bahagian Umno?,” soal beliau.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) pula bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Menjawab soalan itu, Noh meminta mereka menunjukkan borang yang dimaksudkan,: “Sila tunjuk borang… borang yang kita keluarkan tidak ada ruang ini (ruang untuk mendapatkan tanda tangan Ketua Umno Bahagian). Borang yang kita iklankan dalam surat khabar Melayu pun tidak ada… macam mana surat khabar Cina boleh ada, kita akan ambil tindakan surat khabar ini, kita akan saman.

“Kalau tidak percaya boleh buka laman web kita tengok. Dalam borang ini lambang MOA pun tidak ada… ini mungkin DAP sabotaj ini,” katanya.

Dakwaan Noh menyebabkan persidangan semakin kecoh dan anggota Parlimen pembangkang khasnya DAP bangun membantah sehingga Noh berkata ‘macam kera dalam sarkas… sama seperti anjing…,” sebelum percakapannya dipotong anggota Parlimen pembangkang yang marah kerana mendakwa menteri itu menyamakan mereka seperti anjing.

Beberapa anggota Parlimen pembangkang termasuk Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong), Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menyelar kenyataan Noh sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.

Cuba membaiki keadaan, Noh menjelaskan beliau hanya mahu memberi peribahasa ’seperti anjing menyalak bukit’ dan bukannya untuk menyamakan mereka dengan anjing.

Pertikaman lidah antara Noh yang disokong anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan anggota Parlimen pembangkang berterusan kira-kira 10 minit sebelum Dr Wan Junaidi mengambil keputusan menangguhkan persidangan untuk meredakan keadaan.

Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan, Noh berkata beliau sedia menarik balik ungkapan ’seperti anjing menyalak bukit’ jika ia disahkan oleh pakar bahasa bahawa peribahasa itu tidak boleh digunakan bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

“Saya boleh tarik balik kalau ada pakar bahasa kata bahawa peribahasa seperti anjing menyalak bukit itu tidak boleh digunakan, sensitif dan sebagainya… Okay, saya akan tariklah.

“Apa yang sensitifnya? Sensitifnya apabila mereka tidak mahu tunggu sampai saya habis cakap,” katanya.

Mengenai borang Subur yang dimaksudkan anggota Parlimen pembangkang, Noh berkata ia bukan seperti borang yang dikeluarkan oleh kementerian kerana borang asal yang dapat diperoleh menerusi laman web kementerian itu mengandungi logo serta alamat kementerian dan tidak ada ruangan untuk tandatangan Ketua Umno Bahagian seperti yang didakwa mereka.

2 comments 12/11/2009

Previous Posts


kuasa_klik

bior-betul1

tricajus

JUS HEBAT "power gila"

Malam tu kawan saya bagi cuba Tricajus ni, siap dah bancuh dengan air 100 Plus lagi.

Orang nak bagi free, minum aje la. Ni bukan nak buat cerita tapi malam tu memang tak boleh tidur.

Nak "projek" orang rumah pulak dah tidur. Saya rasa dalam 15 minit ada la "adik kecik" tu berdiri ajer.

Tu baru kena sebungkus, kalau dua bungkus sangkut buah kelapa pun boleh.

Biasa bangun pagi, handphone jadi alarm. Sekarang "adik kecik" pula yang jadi alarm.

Malam bangun, pagi bangun, tengahari pun bangun.

Sufian...Muar, Johor.

testimoni

Jana Pendapatan Sekarang!

IP
malaysic
Online

KIRIMAN TERKINI

Bacaan Tertinggi Hari Ini

Komen terbaru

asik pada Macam mana ‘Anjing denga…
asik pada Macam mana ‘Anjing denga…
pakcikli00 pada SPRM di desak siasat pembelian…
PARPUKARI pada BN Asyik Jaga Pembangkang, Rak…
shahril pada BN Asyik Jaga Pembangkang, Rak…
alazkar pada Dr Mahathir: Asri bukan penjen…
edie pada nizar|zambry ~ Wanita 35 Tahun…
spy rakyat pada SPRM di desak siasat pembelian…
pakcikli00 pada SPRM di desak siasat pembelian…
shafifah pada Seorang lagi Adun PKR untuk di…

Pelawat…TQ

free counters

Kunjungan Dari…

Komen Yang Berlebihan

Blog Stats

RSS al-banjari online 2009

RSS Kelab Greenboc

RSS biaqpila

RSS wfauzdin.blogspot

RSS Saluran Keme Untuk Kome

RSS Pemangkin Suara Reformasi Rakyat

RSS rakyatkelantan

RSS kraiutara

RSS TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

RSS Peribadirasulullah’s Blog

RSS BICARA TINTA

RSS DUKUN ASMARA

RSS Mran3238’s blog

RSS apa sajer lah…

RSS pinkturtle2

RSS Pas Taman Paya Jaras Permai

RSS Pemuda Bersih

RSS jebatberani

RSS bila hatiku berbicara

RSS Kopitenom Blog's

RSS kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..

RSS akuperjuangkecil

RSS PAS Felda Kg Awah

reader

Business blogs