Khir Toyo digantung setahun

19/05/2009

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu – di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor – juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Ekoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahawa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis – Badan Kebajikan dan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat BN Selangor – yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir – Datin Zaharah Kechik – sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi selepas pengumuman tersebut dibuat, Dr Mohd Khir berkata beliau belum menerima surat berhubung hukuman tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Entry Filed under: Berita Semasa, Isu Semasa, Politik Semasa. Label: , , .

1 Comment Add your own

  • 1. muazsobri  |  20/05/2009 at 10:01 am

    kalau beginilah sikap pemerintahan PR ,rasa saya tidak lama PR bertakhta .dulu laungan demokrasi , refomasi ,adil dll lagi yg sedap didengar .beliau mewakili rakyat dikawasannya tidak kira mereka BN atau PR ,sekiranya digantung siapa akan mewakili kawasan tersebut .ini bermakna kerajaan PR tidak mengiktiraf keputusan rakyat dan juga membelakangkan rakyat kawasan tersebut – tempohnya pula keterlaluan…… saya kira adalah lebih baik mereka di benarkan hadir pada mesyuarat dengan sekatan2 yg tertentu dan juga dikenakan denda tertentu terhadap ADUN tersebut serta pembekuan segala alaun2 yg berkenaan serta dipotong sebahagian gaji mereka demi keadilan kepada rakyat dikawasan tersebut. rakyat percaya keputusan ini lebih kepada dendam politik . adalah lebih baik kurangkan politik dan lebihkan usaha untuk kemajuan negeri dan negara .

    Balas

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


kuasa_klik

bior-betul1

tricajus

JUS HEBAT "power gila"

Malam tu kawan saya bagi cuba Tricajus ni, siap dah bancuh dengan air 100 Plus lagi.

Orang nak bagi free, minum aje la. Ni bukan nak buat cerita tapi malam tu memang tak boleh tidur.

Nak "projek" orang rumah pulak dah tidur. Saya rasa dalam 15 minit ada la "adik kecik" tu berdiri ajer.

Tu baru kena sebungkus, kalau dua bungkus sangkut buah kelapa pun boleh.

Biasa bangun pagi, handphone jadi alarm. Sekarang "adik kecik" pula yang jadi alarm.

Malam bangun, pagi bangun, tengahari pun bangun.

Sufian...Muar, Johor.

testimoni

Jana Pendapatan Sekarang!

IP
malaysic
Online

KIRIMAN TERKINI

Bacaan Tertinggi Hari Ini

Komen terbaru

asik pada Macam mana ‘Anjing denga…
asik pada Macam mana ‘Anjing denga…
pakcikli00 pada SPRM di desak siasat pembelian…
PARPUKARI pada BN Asyik Jaga Pembangkang, Rak…
shahril pada BN Asyik Jaga Pembangkang, Rak…
alazkar pada Dr Mahathir: Asri bukan penjen…
edie pada nizar|zambry ~ Wanita 35 Tahun…
spy rakyat pada SPRM di desak siasat pembelian…
pakcikli00 pada SPRM di desak siasat pembelian…
shafifah pada Seorang lagi Adun PKR untuk di…

Pelawat…TQ

free counters

Kunjungan Dari…

Komen Yang Berlebihan

Blog Stats

RSS al-banjari online 2009

RSS Kelab Greenboc

RSS biaqpila

RSS wfauzdin.blogspot

RSS Saluran Keme Untuk Kome

RSS Pemangkin Suara Reformasi Rakyat

RSS rakyatkelantan

RSS kraiutara

RSS TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

RSS Peribadirasulullah’s Blog

RSS BICARA TINTA

RSS DUKUN ASMARA

RSS Mran3238’s blog

RSS apa sajer lah…

RSS pinkturtle2

RSS Pas Taman Paya Jaras Permai

RSS Pemuda Bersih

RSS jebatberani

RSS bila hatiku berbicara

RSS Kopitenom Blog's

RSS kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..

RSS akuperjuangkecil

RSS PAS Felda Kg Awah

reader

Business blogs