Mahkamah: MB Pahang dapat perintah tangguh bayar RM63 juta

04/06/2009

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat kerana didakwa melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Pekan dekat sini.

Hakim Datuk V.T Singham membenarkan permohonan itu sehingga kes rayuan Menteri Besar terhadap perintah mandamus yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Halim Aman pada 20 April lepas didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata jika permohonan penangguhan berkenaan ditolak dan jika rayuan Adnan pula berjaya, ia kemungkinan menyebabkan bayaran penghakiman yang dibuat tidak dapat diperoleh kembali kerana mahkamah mengambil kira faktor kewangan syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang hanya mempunyai modal berbayar RM100 dan tidak mengemukakan penyata akaun beraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia sejak 2001.

“Jika MB berjaya dalam rayuannya, kerajaan negeri akan menghadapi kesukaran (mendapatkan balik jika bayaran sudah dibuat),” kata Hakim Singham.

Pada 20 April lepas, Abdul Halim memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah mandamus kepada syarikat pembalakan itu.

Bagaimanapun, Adnan yang diwakili peguam Datuk Mohammad Shafee Abdullah memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan itu pada 21 April lepas serta memohon penangguhan bayaran penghakiman.

Terdahulu, sebelum membacakan keputusannya, Hakim Singham mendedahkan bahawa beliau telah dihubungi seorang wanita yang mendakwa sebagai setiausaha kepada Penasihat Undang-undang Kerajaan Pahang, Datuk Mat Zara’Ai Alias, dua hari lepas yang mahu mengetahui keputusan yang akan dibuat pada hari ini.

Katanya ia merupakan kejadian pertama yang berlaku padanya sejak menjadi Hakim.

Mohammad Shafee kemudian menyatakan bahawa beliau dimaklumkan bahawa Mat Zara’Ai tidak pernah mengarahkan sesiapa untuk menghubungi Hakim Singham.

Peguam Seruan Gemilang, Karpal Singh ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan meneliti terlebih dahulu keputusan mahkamah pada hari ini sebelum mengambil tindakan lanjut.

Entry Filed under: Berita Semasa, Isu Semasa, Politik Semasa. Label: , , , .

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


kuasa_klik

bior-betul1

tricajus

JUS HEBAT "power gila"

Malam tu kawan saya bagi cuba Tricajus ni, siap dah bancuh dengan air 100 Plus lagi.

Orang nak bagi free, minum aje la. Ni bukan nak buat cerita tapi malam tu memang tak boleh tidur.

Nak "projek" orang rumah pulak dah tidur. Saya rasa dalam 15 minit ada la "adik kecik" tu berdiri ajer.

Tu baru kena sebungkus, kalau dua bungkus sangkut buah kelapa pun boleh.

Biasa bangun pagi, handphone jadi alarm. Sekarang "adik kecik" pula yang jadi alarm.

Malam bangun, pagi bangun, tengahari pun bangun.

Sufian...Muar, Johor.

testimoni

Jana Pendapatan Sekarang!

IP
malaysic
Online

KIRIMAN TERKINI

Bacaan Tertinggi Hari Ini

Komen terbaru

asik pada Macam mana ‘Anjing denga…
asik pada Macam mana ‘Anjing denga…
pakcikli00 pada SPRM di desak siasat pembelian…
PARPUKARI pada BN Asyik Jaga Pembangkang, Rak…
shahril pada BN Asyik Jaga Pembangkang, Rak…
alazkar pada Dr Mahathir: Asri bukan penjen…
edie pada nizar|zambry ~ Wanita 35 Tahun…
spy rakyat pada SPRM di desak siasat pembelian…
pakcikli00 pada SPRM di desak siasat pembelian…
shafifah pada Seorang lagi Adun PKR untuk di…

Pelawat…TQ

free counters

Kunjungan Dari…

Komen Yang Berlebihan

Blog Stats

RSS al-banjari online 2009

RSS Kelab Greenboc

RSS biaqpila

RSS wfauzdin.blogspot

RSS Saluran Keme Untuk Kome

RSS Pemangkin Suara Reformasi Rakyat

RSS rakyatkelantan

RSS kraiutara

RSS TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

RSS Peribadirasulullah’s Blog

RSS BICARA TINTA

RSS DUKUN ASMARA

RSS Mran3238’s blog

RSS apa sajer lah…

RSS pinkturtle2

RSS Pas Taman Paya Jaras Permai

RSS Pemuda Bersih

RSS jebatberani

RSS bila hatiku berbicara

RSS Kopitenom Blog's

RSS kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..

RSS akuperjuangkecil

RSS PAS Felda Kg Awah

reader

Business blogs