Seorang lagi warga Indonesia mangsa dera di Malaysia
09/06/2009

DAI BACHTIAR menunjukkan gambar Siti Hajar yang menjadi mangsa dera majikan di Kedutaan Indonesia, Jalan Tun Razak semalam.
KUALA LUMPUR – Akibat tidak tahan menanggung penderitaan menjadi mangsa dera selama 34 bulan, seorang amah nekad melarikan diri dari rumah majikannya di Jalan Kiara, Mont Kiara di sini semalam.
Mangsa Siti Hajar, 33, rakyat Indonesia meninggalkan rumah tersebut pada pukul 1 pagi dalam keadaan sehelai sepinggang sebelum menaiki teksi ke pejabat Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak di sini.
Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Dai Bachtiar berkata, pembantu rumah berasal dari Jawa Barat itu tiba di pejabat kedutaan pada pukul 8.30 pagi bagi mendapatkan bantuan setelah mendakwa sering didera majikan wanitanya yang berusia 43 tahun.
Menurut beliau, mangsa mula bekerja di rumah majikannya seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak berumur 11 dan 13 tahun bermula pada 2 Julai 2006.
“Dalam tempoh itu, mangsa mendakwa dia sudah banyak kali disiram dengan air panas selain dipukul dengan objek keras jika melakukan kesalahan termasuk kesalahan kecil,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Lebih malang lagi, katanya, sepanjang bekerja di situ mangsa yang beragama Islam mendakwa dia hanya diberi makan nasi tanpa lauk dan jika berlauk ia hanya daging babi.
Dai Bachtiar memberitahu, mangsa mendakwa wanita yang panas baran itu juga tidak pernah membayar gaji mangsa iaitu RM500 sebulan.
Katanya, mangsa yang sampai di kedutaan didapati mempunyai banyak parut selain luka baru pada muka dan hampir keseluruhan badan.

Entry Filed under: Berita Semasa, Isu Semasa. Label: Indonesia, kerabat diraja kelantan, Malaysia, Manohara Odelia Pinot, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
7 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed






1.
othman | 09/06/2009 at 3:14 am
ini baru bukti satu kebenaraan !pembantu rumah TKI di siksa oleh maikan nya BERBANGSA CINA!
KASUS ini tak sama dengan MANOHARA! KENAPA MANOHARA TAKUT UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN PEMERIKSAAN DOKTOR! TAK NAMPAK KESAN DERA PUN TERHADAP MANOHARA!MALAHAN ERTAMBAH GLAMOR !KESANA SINI MENCARI PUPLIKSITI!MEMBUAT KENYATAAN IA NYA DI DERA TAPI BUKTI NYA ZERO!! ini adalah satu pembohongan !AWAS!!!BERHATI2 siapa dia MANOHARA YANG SEBENAR! MANOHARA MASEH MEMEGANG KERAYATAN NEGARA AMERIKA!mungkin ada AJENDA NEGARA YAHUDI UNTUK MEMECAH BELAH KAN PERSAHABATAN ANTARA INDONESIA DAN MALAYSIA!FIKIR2 KAN LAH
2.
halim | 09/06/2009 at 5:09 am
siapa bilang kerja di malaysia enak,kalau ada pun yang satu berbanding 60,sudah banyak contoh kekejaman yang di lakukan rakyat/polis di malaysia ke atas rakyat indonesia,jika kejelekan yang di lakukan rakyat indonesia di malaysia akan di keluarkan berita /media,tapi jika kekejaman yang di lakukan oleh masarakat/polis malaysia semua akan di tutup[di sembunyikan faktanya] sudah banyak menginaan yang di lakukan malaysia kepada indonesia,tapi kenapa memerintah indonesia diam aja?? satu contoh lagi masalah abalat jelas2 kapal malaysia masuk ke perairan indonesia dan di lakukan sebanyak 9x,kenapa tidak ada ketegasan dari memeritah indonesia??tunjukan ketegasan TNI/POLRI ,kepada malaysia..kalau di tembak pun tak salah bagi indonesia,kalau memerintah tak ada ketegasan maka negara kita akan semakin di permalukan oleh negara yang ber nama MALAHSIAL.
3.
Obefiend | 10/06/2009 at 5:47 pm
mana ada ditutup.. ingat Nirmala Bonat? majikannya Yim Pek Ha sekarang di penjara 18 tahun. nah.. itu dia keadilannya. cakap jgan main sedap2.
4.
sunanjaga | 12/06/2009 at 3:00 am
siapa yang suruh anda datang bekerja di malaysia.Pergilah kerja di Palestin, Iran, Iraq?Atau di Filipina?
Atau cari kerja di Pakistan atau India,sana banyak kerja dan jangan pilh MALAYSIA tempat cari rezeki.orang MALAYSIA tidak mengharap anda sangat kerja kat sini.pergi lah ternak maling.
5.
Jaka Tingkir | 20/06/2009 at 4:05 am
Jgn pesimistik dgn Malaysia.Jangan kita menuduh yang bukan2 pada Malaysia.Malaysia umpama adik kepada Indonesia.Kita serumpun.Kebanyakan orang Malaysia berasal dari Indonesia.Banyak buktinya kan!!Di Malaysia ada pelbagai bangsa yang berasal dari Indonesia…bugis,jawa,banjar, minangkabau,tidong dan lain -lain.Saya sendiri berketurunan jawa. Moyang saya bawaan jepang@jepun dari Betawi.Jadi ,sanggupkah anda menembak adik anda sendiri?walau yg ditembak itu kapal!
6.
kika | 13/06/2009 at 1:07 pm
kesiannye siti hajar..x berhati perut majikannya…;(
7.
halim | 30/06/2009 at 7:57 am
keputusan pemerintah indonesia mengentikan rakyat nya yang mau bekerja di malaysia sangat di sambut baik oleh semua lapisan masarakat ,karna bagi kami sebagai rakyat indonesia bekerja di luar bukan nya tak boleh tapi kalau bisa jagan la kerja sebagai pembantu rumah,bukan rakyat indonesia tak ada pendidikan tapi karana keadaan ekonomi aja yang memaksa jadi pembantu rumah,jika masalah ini terus di biarkan barlarutan akan menjejaskan bangsa indonesia sendiri, nanti di kira indonesia sangat miskin dan rakyatnya tak ad pendidikan,itu pandangan malaysia pada rakyat idn yang kerja sebagai pembantu,kami harap dengan kejadian yang menimpa para pembantu rumah yang di dera di malaysia akan membuka mata pegawai/pemerintah indonesia untuk benar2 mengentikan pengirimanTKI/TKW ke malaysia,malaysia akan semakin kurang ajar pada indonesia jika indonesia tidak tegas dalam bidang penderaan/abalat,jika para pegawai pemerintah tegas seperti para pahlawan dulu yang rela berkorban demi bangsa indonesia maka indonesia takan di lecehkan oleh malaysia,dan malaysia sendiri lupa jika terjadi perang dengan india/cina tak ada lain yang akan membantu selain indonesia,ingat la malaysia kau masih keturuna indonesia jadi jagan kurang ajar wama indonesia,jika kami mau sekali serang maka malaysia akan hancur,jagn berani mengaku abalat milik malaysia,karna saya dah pun berjumpa dengan menteri pertahanan bahwa abalat memang milik INDONESIA.