La Toya percaya Michael Jackson kena bunuh
13/07/2009

LONDON: Kakak Michael Jackson, La Toya percaya adiknya dibunuh dan ia adalah sebahagian daripada pakatan untuk mencuri harta kekayaan raja pop itu.
La Toya dilaporkan oleh akhbar tabloid Britain sebagai berkata, aset Michael bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.6 bilion), menjadikannya sasaran mereka yang tamak. Beliau berkata wang tunai dan barang kemas bernilai kira-kira AS$2 juta (RM7.2 juta) dicuri dari rumah penyanyi itu selepas kematiannya.
“Sejak dari awal lagi, saya sudah berasa bahawa Michael dibunuh, bukan oleh hanya seorang tetapi satu konspirasi,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
La Toya, 53, berkata Michael hidup di kalangan orang yang mendapat faedah daripada kerjaya beliau dan mereka sengaja mendesaknya mengambil pelbagai jenis ubat bagi memudahkan mereka ‘mengatur’ emosinya dan menjadikan penyanyi itu mudah ‘diurus’ termasuk kedudukan kewangannya.
Akhbar News of the World turut melaporkan bahawa La Toya berkata beliau mengetahui siapa yang patut disalahkan berikutan kematian adiknya dan berazam mengheret mereka ke muka pengadilan.
La Toya juga mendakwa, Michael tidak mahu membuat 50 persembahan di London tetapi didesak berbuat demikian.
Bapa Michael, Joe sebelum ini juga berkata, beliau mengesyaki anaknya menjadi mangsa perbuatan khianat sehingga menyebabkan kematiannya.
Entry Filed under: Berita Semasa, Isu Semasa. Label: Michael Jackson.
2 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed






1. La Toya Percaya Michael Jackson Kena Bunuh « Sesamaislam Blog | 15/07/2009 at 10:57 am
[...] LONDON: Kakak Michael Jackson , La Toya percaya adiknya dibunuh dan ia adalah sebahagian daripada pakatan untuk mencuri harta kekayaan raja pop itu. La Toya dilaporkan oleh akhbar tabloid Britain sebagai berkata, aset Michael bernilai …Read More [...]
2.
Tanpa nama | 23/09/2009 at 4:14 am
I LOVE YOU SO MUCH MICHEAL…