nizar|zambry ~ Wanita 35 Tahun Keatas Lebih Menikmati Seks
26/10/2009
Kajian internet dibuat pada tahun 2009 telah menunjukkan bahawa wanita yang berumur 35 tahun keatas lebih menikmati seks. Dari 500 wanita sebanyak 79% telah melaporkan mereka lebih menikmati seks kerana mereka pandai mencari cara untuk menikmatinya berbanding pada umur muda. Walaubagaimanapun, umur 35 tahun bukanlah tua bagi wanita. Manakala 50% mengaku mereka selalu berinisiatif untuk mencari pasangan untuk bercinta.
Bukan itu sahaja, 35% responden juga mengatakan, makin bertambah usia, mereka merasakan seksualnya makin memuaskan. Separuh responden juga mengatakan, mereka melakukan seks sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
“Wanita di usia tersebut biasanya sibuk dengan urusan rumah tangga dan dianggap sudah kehilangan hasrat bercinta. Oleh itu, hasil survey ini sangat berlawanan dengan pandangan orang selama ini,” kata Yvone K Fulbright, PhD, seksologi dari Universiti Iceland.
Menurut Yvone, wanita-wanita di usia matang tersebut pada umumnya sudah merasa lali dengan pasangannya. Dengan kata lain, wanita di usia ini sudah tidak suka lagi mengungkapkan apa yang diinginkannya untuk mencapai kepuasan seksual.
“Mereka sudah lebih mengenal tubuh pasangannya, demikian juga sebaliknya. Selain itu, wanita di usia matang juga merasa lebih aman dan lebih menerima tubuhnya, terutama bila ia sudah pernah melahirkan anak,” katanya.
Alasan lain adalah, lanjut Yvone, bila wanita tersebut kembali menyandang status bujang atau janda, kerana perceraian atau suami meninggal. “Sebahagian wanita mungkin merasa seperti remaja semula, perasaan berbunga-bunga kembali berputik kerana bertemu kekasih baru,” katanya.
Apa pun alasannya, penjagaan diri agar kehidupan seksual tetap ghairah dan meletup-letup adalah hal yang penting untuk setiap wanita. “Lakukan seks secara teratur, tapi jangan menjadikan ia rutin. Hindari hal-hal yang sama, buatlah eksperimen agar seks tidak membosankan,” sarannya.
Apa jua yang diperkatakan, ini mungkin menjadi alasan yang baik untuk lelaki berkahwin dengan wanita yang lebih berusia daripadanya atau berkahwin dengan wanita berstatus janda atas dasar pengalaman mereka yang boleh memberi kepuasan sebaliknya pada lelaki juga. Saya sokong!! TL
Entry Filed under: Berita Semasa, Isu Semasa. Label: Gila Seks, Jus Hebat Power gila, manohara, sesama islam, Ubat Kuat Untuk Lelaki, Zakar Panjang.
8 Comments Add your own
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed







1.
pakcikli00 | 26/10/2009 at 3:46 pm
Asalamualaikum
Dari cempedak baiklah nangka
nangka itu panjang tangkalnya
daripada budak biarlah janda
janda itu panjang akalnya
Jika menurut ilmu tua Melayu, wanita berumur 35 tahun ke atas sedang kemaruk seks, kata pantun lama;
Singapura dilanggar todak
hendak berkubu sebatang pisang
kalau janda dapat budak
macam ayam ditangkap musang.
habis kena ratah !
Datuk Paduka makan penganan
bersama dengan Hang Jebat
janda cuma angkat tangan
jikalau kena Jushebat
menyembah nyembah !!!
Dua hari Pakcik tak menulis kesah asmara terasa kangan pulak, insyaallah selepas menulis bab hukum hakam, Pakcik akan kirimkan interi asmara yang telah banyak tertunda. Buat sementara cukuplah Pakcik melepaskan geram diruangan komentar sesamaislam ini, kerana beliau pun sedang kemaruk kesah asmara.
minta laluan http://pakcikli00.wordpress.com/
Terima kaseh salam hormat.
2.
paragon4X | 26/10/2009 at 4:24 pm
education
3.
amran | 26/10/2009 at 4:44 pm
Askm……..Lepas ni ramai la anak2 muda kawin dengan wanita berumur 35 thn keatas…………
4.
maria | 26/10/2009 at 5:13 pm
akum apa yang dikomen ada yang betul dan ada yang tidak semua nya bergantung macam mana pasangan nya membina kasih sayang antara satu dengan lain. Saya wanita yang berumur 36 tahun telah dikecewakan oleh suami bila mengadakan hubungan sex dia yang puas sedangkan saya tidak malah kecewa dengan keadaan demekian rupa. Saya seolah-olah puas bila ditanya suami you puas ke klimaks ke saya jawab yes kerana tidak mahu menyakiti hati nya dan tidak mahu dia susah hati. Maka saya telah mengambil jalan mudah dengan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang sudah bergelar suami hingga kini perhubungan telah menjangkau 3 tahun dan kami sudah banyak kali terlanjur dengan perbuatan yang tidak sepatutnya saya lakuakn tapi saya juga keinginan macam orang lain juga. SEMOGA ADA KAWAN2 YANG MEMBERI PENDAPAT YANG BAIK BUAT SAYA. SEKIAN TERIMA KASIH DARI MARIA K.L
5.
pakcikli00 | 27/10/2009 at 12:32 am
Asalamualaikum
Pertama tamanya Pakcik mohon maaf dan minta laluan kepada saudara sesmaislam untok memberi pendapat kepada Puan Maria (selepas ini Pakcik sbut PM sahaja), kerana pertama weblog ini sesamaislam punya, kedua beliau pengedar utama Jushebat dan ketiga beliau pakar tentang bab asmara dana ni, Pakcik ni sekadar tiada rotan akar pun berguna. jadi jika PM tak puas hati degan pendapat ini sila rujuk kepada saudara sesamaislam, dia tu baik orangnya dan ramah mesra, tapi dengan orang perempuan dia pemalu tapi mahu.
PM, tuhan telah mencipta makhluknya dalam bentuk zahir dan batin dari sifatNya yang maha Pengaseh dan Penyayang. Perhubungan zahir dan batin saling melengkapi untok memusat kepada Rabul Alamin (tuhan semesta alam). Sebab itulah perkara utama akad nikah perkahwinan adalah nafkah zahir dan batin. Kegagalan suami PM memberi nafkah batin telah menimbulkan pekara yang boleh dimurkai tuhan, walhal tujuan asal perkahwinan adalah untok mengimbangi tenaga zahir dan batin agar dapat mencintai kehidupan yang mengimbangi kaseh sayang untok memperolehi kesejahteraan (kehidupan semesta alam). Masalah PM dan suami adalah kerana tidak mahu berterus terang, sehinggakan awan kelabu mengerhanakan
kehidupan. Nasihat Pakcik PM harus berterus terang dengan suami, gunakanlah bahasa asmara yang Pakcik tulis dengan panjang lebar di laman blog Dukun Asmara, kemudian mintalah nasihat sesamaislam bagaimana menggunakakan jushebat yang berkesan.
Terima kaseh salam hormat.
6.
ruanghatiberbagi | 27/10/2009 at 8:09 am
semakin tua semakin banyak santannya , bagai kan kelapa, salam dari jauh
7.
ERAKITA | 27/10/2009 at 9:00 am
Salam, saya amat kagum dengan kelebihan dan pengalaman yang ad apada pakcikli00. pandangannya sungguh tepat dan wajar diberi perhatian. bukan saja kepada PM tapi kita semua. Tahniah kepada pakcik.
Kepada PM, jalan keluar masih ada. belum terlambat untuk berbuat sesuatu. Berterus teranglah pada suami. Berpura-pura depan suami sedangkan diri merana akan membuatkan diri kita merana sampai bila-bila. bukan saja di dunia, lebih2 lagi di akhirat.
Dalam rumahtangga ni, kita kena berterus terang. namun, biarlah kena cara dan kaedahnya. Menegur ada caranya. memberikan pandangan ada caranya yang tidak menyebabkan kemarahan suami atau isteri. bersua mukalah dengan sesiapa yang boleh dipercayai dalam hal ini untuk tanya tips2nya. Buku2 tulisan Dr Fadilah kamsah mengenai senui rumahtangga banyak di kedai2 buku. belilah dan hayati petua2 tersebut. Insyaallah, kita akan mendapat sesuatu yang hebat selepas itu.
Tahniah dan terimakasih. Blog ERA KITA juga menyediakan artikel2 rumahtangga dan keibubapaan yang boeh dikongsi bersama. sila jemput juga rakan2 yang ada kelapangan ke http://erakita.wordpress.com. TQ dan wasssalam
8.
edie | 12/11/2009 at 5:41 am
salam…puan maria..seks adalah pelengkap kepada suatu perkahwinan yang sah dan halal,masalah puan ialah gagal mendapat kepuasan batin dari suami puan.Saya syorkan supaya puan berterys-terang dengan suami puan mengenai hal ini,tak salah berbincang dengan suami sebab hal rumahtangga harus telus dan jangan terlalu berahsia.Ajak suami puan mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan kekuatan seksnya..banyak cara dan alternatif yang ada seperti berubat dansebagainya.Tindakan puan menjalin hubungan dengan lelaki lain adalah satu dosa besar.Kembalilah ke jalan yang benar.Jangan kerana masalah sebegitu menyebabkan puan mengambil kesempatan hingga terlanjur.Iblis dan syaitan ada di mana-mana untuk menyesatkan kita.Bertaubatlah nescaya ada jalan terbaik yang pastinya mendapat restu Tuhan.