Dr Mahathir: Asri bukan penjenayah besar yang ganas | nizar news

12/11/2009

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang seolah-olah `menangkap penjenayah besar yang mengganas`.

Katanya, beliau berdebar apabila membaca berita penangkapan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu yang kemudiannya dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

“Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jais telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap.

“Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras,” katanya dipetik dari laman blognya, semalam.

Asri ditahan Jais kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang 1 November lalu.

Katanya, beliau turut difahamkan bahawa masih tiada sebarang pertuduhan dikenakan oleh Jais terhadap Asri.

“Apakah tidak ada ‘due process’ dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja. Saya tidak nafi ajaran sesat al-Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat,” katanya.

Menurutnya, penguasa agama juga jangan terlalu ghairah mengharamkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam.

“Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang,” katanya.

Beliau juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik yang mengaitkan kesalahan ceramah Asri yang hanya berpandu kepada al-Quran dan hadis, tidak kepada ijmak ulama Sunnah Wal Jamaah.

“Kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

“Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul,” katanya.

Menurutnya, di negara ini terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun menerima fahaman Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh Imam Syafie.

“Di antara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah dikecam apabila menulis di bawah tajuk ‘Hukum Allah’ berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah sama ada benar ia adalah hukum Allah.

“Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

“Teringat saya akan ’Islam Hadhari’ yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah?

“Jika ya, orang Islam di Malaysia kena masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?” katanya.

Entry Filed under: Berita Semasa, Isu Semasa. Label: .

1 Comment Add your own

  • 1. alazkar  |  12/11/2009 at 7:16 am

    wah bukan main kau che det.. dulu ko pi tembak ust ibrahim libya dah lupa ker.. dasar mudah lupa… chet…

    Balas

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


kuasa_klik

bior-betul1

Jana Pendapatan Sekarang!

tricajus

JUS HEBAT "power gila"

Malam tu kawan saya bagi cuba Tricajus ni, siap dah bancuh dengan air 100 Plus lagi.

Orang nak bagi free, minum aje la. Ni bukan nak buat cerita tapi malam tu memang tak boleh tidur.

Nak "projek" orang rumah pulak dah tidur. Saya rasa dalam 15 minit ada la "adik kecik" tu berdiri ajer.

Tu baru kena sebungkus, kalau dua bungkus sangkut buah kelapa pun boleh.

Biasa bangun pagi, handphone jadi alarm. Sekarang "adik kecik" pula yang jadi alarm.

Malam bangun, pagi bangun, tengahari pun bangun.

Sufian...Muar, Johor.

testimoni

IP
malaysic
Online

KIRIMAN TERKINI

Bacaan Tertinggi Hari Ini

Komen terbaru

spy rakyat pada COFFEA ARABICA SUSU KAMBI…
norlela binti mohame… pada COFFEA ARABICA SUSU KAMBI…
http://www.virginity… pada Nizar : Awas!! Selaput Dara…
lara pada nizar ~ “Lembu” Ug…
jab sp pada Usah berdalih Ariffahmi, Kita …
secret pada Remaja Melayu jual gadis liar…
diaien pada Mengapa Mahathir Bisu pasal…
pecinta keamanan pada Jika rakyat nak perubahan, lup…
azmar pada Parti mewah anak Sultan B…
jimmy pada 10 Ciri Lelaki Yang Menjadi Id…

Pelawat…TQ

free counters

Kunjungan Dari…

Komen Yang Berlebihan

Blog Stats

RSS al-banjari online 2009

RSS biaqpila

RSS Kelab Greenboc

RSS wfauzdin.blogspot

RSS Mran3238’s blog

RSS Saluran Keme Untuk Kome

RSS Pemangkin Suara Reformasi Rakyat

RSS rakyatkelantan

RSS kraiutara

RSS TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

RSS Peribadirasulullah’s Blog

RSS BICARA TINTA

RSS DUKUN ASMARA

RSS apa sajer lah…

RSS pinkturtle2

RSS Pas Taman Paya Jaras Permai

RSS Pemuda Bersih

RSS jebatberani

RSS bila hatiku berbicara

RSS Kopitenom Blog's

RSS kaasiii peecaaahhh laaaaaa……..

RSS akuperjuangkecil

RSS PAS Felda Kg Awah

reader

Business blogs

ARKIB